Selamat Berkunjung Ke

Laman Web SJK(C) Kulai (2)


Kata Aluan Guru Besar Maklumat GB/PK
 Maklumat Fizikal Sekolah  PIBG
Sejarah Sekolah Kejayaan Sekolah
Pencapaian UPSR Matlamat Sekolah
Objektif Sekolah Wawasan Sekolah

 


KATA-KATA ALUAN

Guru Besar SJK(C) Kulai (2)

 

 

 

Syabas ! Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kulai (2) berjaya menyertai Projek Sekolah Siber anjuran PPD. Kulai .

Sekolah kami sentiasa mengejar perkembangan teknologi maklumat dan tidak ketinggalan mengejar kemajuan teknologi di bidang pendidikan . Dengan kerjasama dan sumbangan PIBG semua anak didik telah diberi pendedahan komputer.

Buat masa ini, bilik komputer terdiri daripada 21 buah komputer

Semua anak didik dari tahun 3 turut serta dalam program pembelajaran berasaskan komputer bagi mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu selama sejam seminggu .

Maka dengan adanya kemudahan sekolah siber, saya yakin anak didik kita akan terus memperkembangkan ilmu teknologi moden dan selanjutnya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam dunia pendidikan.

 

 

 

Sekian, terima kasih .

 

 

 

ENCIK CHONG CHIN SANG

Guru Besar

SJK (C) KULAI (2)


MAKLUMAT PEGAWAI PENTADBIRAN SEKOLAH

 Guru Besar :

ENCIK CHONG CHIN SANG

(sejak tahun 1995)

 Guru Penolong Kanan 1

PUAN LAM MEE WONG

(sejak tahun 1997)

 

 Guru Penolong Kanan II :

 

 

 Guru Penolong Kanan KK :

ENCIK CHONG KAU

(sejak tahun 1999)

 

 

Balik Ke Atas

 

MAKLUMAT FIZIKAL SEKOLAH

 Keluasan Sek : 7 .035 ekar persegi

Bil. Kelas : 41

Bil. Murid : 1635

Bil. Guru : 65

Gred Sekolah : A

 

 

 

Kod Sekolah : JBC 8010

Gred Sekolah : A

Keluasan Sek : 7 ekar (2.5 ha)

Bil. Kelas : 41

Bil. Murid : 1634

Bil. Guru : 65

Pembantu Tadbir : 2

Pembantu Am Rendah : 1

Pekerja Am Rendah : 1

SEJARAH SEKOLAH

1.1.1968 : Penubuhan SRJK(C) Kulai (2) disebabkan pemecahan SRJK(C) Kulai kepada dua buah sekolah. Encik Cheong Pack Ping dilantik sebagai Guru Besar pertama.

Jun 1973 : PIBG ditubuhkan dengan Encik Teng Kuo Chin dipilih sebagai Yang DiPertua pertama

1.1.1978 : Encik Lee Khee Suang dilantik sebagai Guru Besar kedua untuk menggantikan En.Cheong yang telah bersara.

30.8.1988 : Pasukan Pancaragam sekolah ditubuhkan.

1983 : Satu blok baru tiga tingkat yang mengandungi 15 buah bilik darjah (Blok A) siap didirikan oleh Kementerian Pendidikan.

Ogos 1986 : Dewan sekolah baru siap dibina dengan kos RMO.6 juta oleh Jemaah Pengurus Sekolah dengan bantuan dari masyarakat tempatan.

1.4.1989 : Encik Cheng Keng Fan dilantik sebagai Guru Besar ketiga.

7.7.1990 : Kelas Komputer ditubuhkan.

Sept 1993 : Pembinaan satu blok tiga Tingkat yang terdiri daripada 18 buah bilik darjah (Blok B) telah disiapkan oleh Jemaah Pengurus Sekolah.

Dis 1994 : Satu blok baru tiga tingkat yang mengandungi 8 buah bilik darjah (Blok C) siap dibina. Kos pembinaannya semua dibiayai oleh Kementerian Pendidikan.

Jan 1995 : Gelanggang Tertutup untuk bola keranjang / tampar siap dibina. Pembinaannya diusahakan oleh Jemaah Pengurus Sekolah.

16.3.1995 : Encik Chong Chin Sang dilantik sebagai guru besar keempat untuk menggantikan Encik Cheng yang telah bersara.

17.5.1997 : Perayaan Ulang Tahun Sekolah Ke-30.

Jun 1997 : Satu blok baru tiga tingkat (Blok D) siap dibina. Kos pembinaan RM350,000.00 diusahakan oleh Jemaah Pengurus dan PIBG sekolah. Ia terdiri daripada 9 buah bilik darjah.

Balik Ke Atas


KEJAYAAN SEKOLAH

 Anugerah Tunas Olimpik Peserta Terbaik Bola Keranjang 12 Tahun Negeri Johor - Tong Choon Fuat
 Johan Pertandingan Syarahan B. Melayu SJK(C)&(T) Daerah Kulai -  Hung Soh Min
Johan Pertandingan Mengarang B. Cina SJK(C) Daerah Kulai -    Chai Jia Ki
Johan Pertandingan Syarahan B.M. SJK(C) & (T) Daerah Kulai -  Foo Wei Shan
Johan Pertandingan Mengarang B. Cina SJK(C) Daerah Kulai -  Lee Chui Lian
Peserta Terbaik (Lelaki) Kejohanan Olahraga MSSD Zon Bandar -  Ong Chen Cheng
Kejohanan Olahraga MSSD Zon Bandar (Tahun 1995/1996/1997)  Johan Keseluruhan
Johan Pertandingan Kaligrafi (Berus Sederhana/Tahap 2) SJK(C) Daerah Kulai -  Lee Chui Lian
Tempat Ketiga Pertandingan Bercerita B. Cina SJK(C) Daerah Kulai -  Lee Yi Ling
Tempat Ketiga Pertandingan Bercerita B. Inggeris SJK(C) & (T) Daerah Kulai -  Lim Sien Jie

Balik Ke Atas


PENCAPAIAN UPSR

1995

Bilangan calon : 267 orang

Bilangan lulus : 89 orang

Peratus Kelulusan : 33.3%

1996

Bilangan calon : 279 orang

Bilangan lulus : 50 orang

Peratus Kelulusan : 17.9%

Balik Ke Atas

MATLAMAT SEKOLAH

1. Menentukan kehendak-kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan tercapai.

2. Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah ke tahap kecemerlangan.

3. Mempertingkatkan akhlak dan disiplin di kalangan murid,guru dan kakitangan bukan guru.

4. Membentuk satu kumpulan guru dan kakitangan yang cekap,amanah dan bersifat profesional.

5.Mengusahakan hubungan baik dengan ibu bapa /penjaga, masyarakat tempatan dan semua jabatan

kerajaan.

6. Mewujudkan budaya sekolah yang sesuai dari segi kebersihan, keceriaan, kemudahan belajar dan

kepuasan bagi murid-murid menimba ilmu dan membentuk watak yang terpuji.


OBJEKTIF SEKOLAH

1. Membentuk sikap dan fikiran yang positif di kalangan guru terhadap profesional mereka.

2. Menggalak dan memberi peluang kepada guru-guru untuk melibatkan diri mereka secara aktif dalam

urusan perancangan sekolah dan seterusnya meningkatkan komitmen mereka terhadap kemajuan

sekolah

3. Membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan bekesan mengikut bentuk kegiatan yang

disusun dan dirancang dengan teratur.

4. Membentuk budaya sekolah yang sihat dari segi mental dan fizikal.

5. Berusaha menjalankan tugas-tugas harian yang bercorak rutin dengan cekap,cepat dan tepat.

6.Menjalankan tugas-tugas penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah seberapa kerap yang boleh.

Balik ke atas


WAWASAN KITA

HARAPAN

1. Melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin dan berhemah tinggi.

2. Memperbaiki sikap pembelajaran anak didik agar dapat meningkatkan

pencapaian murid dalam bidang kurikulum.

3. Mempertingkatkan taraf pengetahuan murid dengan memperkenalkan penggunaan

komputer di kalangan murid.

4. Murid-murid dapat menguasai Bahasa Melayu dan menggunakannya demi kehidupan

seharian.

 

 

 

MISI

1. Menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak didik di samping mendidik mereka

menjadi seorang yang mahir,cekap dan cemerlang.

2. Mendidik anak didik menjadi manusia yang berakhlak ,baik dari segi

emosi,jasmani,fizikal dan mental.

PRINSIP KERJA

1. Setiap murid dapat dididik.

2. Setiap masalah dapat diatasi.

3. Menjalankan tugas dengan ikhlas ,bertanggungjawab dan yakin.

FOKUS KITA

1. Kecemerlangan akademik murid.

2. Sikap dan nilai murni anak didik.

3. Kejohanan permainan bola keranjang.

 

 

 

TARGET

1. Meningkatkan Peratus Lulus Keseluruhan UPSR ke 50%.

2. sekurang-kurangnya 3 orang pelajar mendapat 7 A.

3. Sekurang-kurangnya seorang pelajar tahun 3 melangkau ke tahun 5.

4. Johan MSSJ (Permainan Bola Keranjang).


Please send comments and emails to Lim See Hong at

seehong@tm.net.my

seehong@limsh.pc.my

or snail mail to

Lim See Hong

SJK(C) Kulai (2), Jalan Sekolah Cina, 81000 Kulai, Johor, Malaysia